Thursday 29 December 2011

muhamad ikhquwan akhyar ;)



hey awak, my superman ! wee, entry ni untuk awak, ya untuk awak :) even baru ja kita rapat, saya suka awak. mana datang perasaan tuh ? ajaib kan? anugerah ALLAH, hebat perasaan ni ;) walau awak tak sayang saya macam saya sayang awak pun, apa bole buat, ALLAH beri saya lebih perasaan sayang dari awak. so, saya bersyukur, alhamdulilah. if awak jodoh saya, biar la ia kekal, even tak sekalipun, saya ikhlas <3 nah ambik ni dear MUHAMAD IKHQUWAN AKHYAR ^^,





p/s : tolong jaga hati ni baik baik ea ^^,

Wednesday 7 December 2011

kembar tapi lain mak lain bapak :) kamu ada ?

pernah dengaq orang cakap tak, dalam dunia ni kita ada 7 orang yang muka seiras2 kita. event bkn kat malaysia pun mungkin kat luaq sana ada kan. hangpa pernah jumpak tak? aku dah jumpak. tak caya? nanti aku tunjuk bukti na. HAHA. nah kat bawah ni :)



dia. wan nurfarahani :]
aku.
hah, caya tak? mungkin tak nampak sangat kot dalam gambaq ni, tapi kat luaq sama. HEHE. yang menarik kami siap kongsi tarikh birthday yang sama lagi, 17 april 1990. kenai pun sbab dia satu sekolah dengan kawan baik aku. so, dgn excitednya depa pun perkenalkan la kami. mula2 memang tak caya, tapi bila dh tengok, memang samala kan. kebetulan plak, dia sekolah teknik sebelah sekolah aku dulu.

*tak caya jugak? pi la cek facebook dia na kat www.facebook.com/cikgheongran  :)

ada something untuk kamu. yes, kamu la ! ^^,

saya. norfaziana mansor :)

beliau. emak tersayang <3 i love her.

beliau. my banker :) abang.



dia. perabih duit aku je ==' adik !

dia. kuat beleteaq ^^, <3

mereka. dah macam family ! bff <3

dia. kembaq kot. bff <3

dia. sangat sweet ;)


meraka. my housemate :)

meraka. rindu zaman sekolah :)

mereka. classmate :) terbaikk !

*takdak yang paling indah dah selain hanpa semua. swear ! ;)

peminat oakley, meh baca meh !


Oakley merupakan salah satu jenama kaca mata yang popular di dunia. Walaupun di Malaysia, Ray ban lebih digemari, tetapi bagi penggemar-penggemar sunglass Oakley ini, kaca mata ini mempunyai keistimewaanya tersendiri kan kan kan :)

Jika dibanding dari segi harga di butik-butik kaca mata di shopping kompleks, kita dapat lihat jenama Oakley ini jauh lebih mahal berbanding kaca mata hitam Ray-ban, tetapi dari segi populariti pastinya Ray-ban menjadi pilihan ramai. Dari segi kualiti agak subjektif mengikut pilihan individu dan pastinya peminat Oakley Malaysia mengatakan Oakley lebih baik berbanding Ray-Ban.

Sedikit sejarah tentang Oakley, mula dicipta oleh Jin Jannard pada tahun 1975 di garaj belakang rumahnya dengan bermodalkan $300.Nama Oakley diilhamkan dari nama anjingnya. Mula dijual dengan memanggil kaca mata ini "The Oakley Grip". Pada mula ciptaanya,"The Oakley Grip" adalah khas untuk car racer dan pemain-pemain motorcross. Ini disebabkan oleh grip yang diciptanya adalah yang terbaik pada masa itu.

Oakley untuk lelaki sahaja ke? Rasanya pemikiran seperti itu patut xlagi wujud. Kaca mata apa-apa pun adalah unisex tak kira lelaki atau perempuan. Memakai kaca mata bukan 100% untuk gaya sahaja tetapi juga untuk menjaga mata dari sinaran-sinaran UV yang berbahaya.Jadi Oakley sekarang banyak digayakan oleh perempuan juga ok :)

"Nak beli Oakley tapi xtahu Oakley mana yang best"... Kalau kat Malaysia ni 90% kebanyakkan mereka pasti akan memilih Oakley Frogskin. Hala Oakley Frogskin....macam mana ? Itu ha gambar macam kat bawah ni. Kamu pun mesti ada kan :)
Oakley yang menjadi kegilaan ramai peminat Oakley Malaysia. Oakley Frogskin.
 
 
*saya pun ada :)
 

1
2

 anda pun pasti ada kan :p


Friday 2 December 2011

pernah try bisnes online? banyak kebaikkan woo !


kelebihan-bisnes-online

Berikut adalah beberapa Kebaikan dan Kelebihan Bisnes Online

  1. Kos Murah – Modal permulaan yang boleh dikatakan agak rendah berbanding perniagaan secara offline. Anda boleh memulakan perniagaan online bermula dengan modal serendah RM200 ke RM1,000. Berbeza dengan perniagaan offline, anda sekurang-kurangnya perlu menyediakan modal sekitar RM3,000 walaupun untuk memulakan bisnes jual burger.
  2. Bisnes 24 jam – Perniagaan online anda boleh bergerak 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Dengan erti kata yang lain perniagaan anda beroperasi tanpa henti. Dengan teknologi terkini yang ada sekarang semua ini mampu anda lakukan dengan kelebihan bisnes online. Berbeza dengan bisnes offline, ada yang bergantung kepada musim, ada yang bergantung kepada waktu bekerja rasmi dan pendek kata mempunyai had masa untuk dijalankan.
  3. Kurang Risiko – Semua perniagaan mempunyai risiko. Cumanya kelebihan bisnes online ni ianya mempunyai risiko yang paling rendah berbanding perniagaan offline. Modal yang anda keluarkan untuk perniagaan online boleh disalurkan kepada bentuk bisnes lain sekiranya anda bertemu jalan buntu untuk meneruskannya. Misalnya tapak hosting yang anda sewa dan tools yang anda langgan di internet masih boleh digunakan semula untuk apa saja bentuk perniagaan anda di internet. Berbeza dengan bisnes offline modal yang telah anda keluarkan untuk membeli aset dan sebagainya kurang sesuai untuk bisnes lain. Misalnya mana mungkin anda boleh gunakan semula peralatan bisnes burger untuk anda gunakan dalam bisnes kedai dobi.
  4. Kebebasan Masa Bekerja – satu lagi kelebihan bisnes online ialah anda boleh tentukan sendiri masa untuk anda bekerja. Bisnes online tersedia untuka dijalankan pada bila-bila masa. Sekiranya anda sudah memiliki pekerjaan tetap, anda masih boleh lakukan bisnes online anda selepas waktu bekerja. Pendek kata tiada had masa dan tiada kekangan untuk anda bekerja malah anda bebas tentukan masa anda.
  5. Kebebasan Tempat Bekerja – dengan bisnes online anda boleh kawal dan jalankan bisnes anda hanya dari depan laptop atau PC anda. Anda bebas lakukan perniagaan anda dari mana-mana tempat baik di rumah, di restoran, di kampung, dalam perjalanan ke sesuatu tempat, ketika anda melancong atau sedang bercuti anda tetap boleh menyelia atau monitor perniagaan anda asalkan anda mempunyai akses ke internet untuk online.
  6. Tiada Perlu Sewa Pejabat atau Kedai – melalui bisnes online anda sebenarnya sudah memiliki pejabat dan kedai maya. Semua tempat adalah pejabat anda dan semua tempat adalah kedai anda. Anda cuma perlukan beberapa peralatan asas seperti laptop/PC dan talian internet. Selain itu anda boleh sewa tapak hosting atau memiliki nama domain perniagaan anda sendiri jika mahu nampak lebih profesional serta meningkatkan lagi kelebihan bisnes online anda.
  7. Isu Lesen Perniagaan – anda tidak perlu bersusah payah untuk memohon lesen, banyak perniagaan di internet yang sudah tersedia mempunyai lesen perniagaan yang sah, anda cuma perlu jalankannya sahaja. Walaubagaimanapun terdapat juga perniagaan internet yang memerlukan kebenaran dan lesen yang sah untuk menjalankannya, anda perlu mohon untuk dapatkannya.
  8. Pelbagai Jenis Perniagaan – inilah kelebihan bisnes online, anda tidak terhad untuk hanya jalankan satu jenis bisnes sahaja, anda bebas menjalankan seberapa banyak perniagaan yang anda mahu. Ini kerana setiap bisnes online anda boleh dijalankan secara automasi dengan pelbagai tools atau peralatan yang ada di internet. Tetapi adalah dinasihatkan anda bermula dengan satu bentuk perniagaan sehingga berjaya dan seterusnya anda boleh tambah bisnes anda dari masa ke semasa. Berbanding dengan perniagaan offline ianya mungkin akan membataskan anda untuk melakukan lebih daripada satu bentuk perniagaan. Mungkin anda hanya mampu jalankan cuma 2 atau 3 sahaja disebabkan kekangan masa dan keupayaan anda.
  9. Tidak Perlu Travel – dengan kelebihan bisnes online yang ada, anda tidak perlu bergerak ke sana ke mari hanya untuk berjumpa pelanggan atau menghantar produk anda. Anda boleh berjumpa pelanggan anda hanya dari komputer anda. Anda boleh menghantar informasi atau maklumat melalui sistem email, video dan pelbagai lagi tools yang ada. Malah anda boleh terus bersemuka dengan pelanggan anda melalui atas talian jika anda mahu. Berkaitan penghantaran produk pula anda boleh gunakan khidmat kurier, terdapat banyak perkhidmatan penyedia khidmat penghantaran melalui kurier, pilih saja yang mana sesuai dengan bisnes anda. Pendek kata tidak timbul isu komunikasi antara anda dan pelanggan anda.
  10. Peluang Bisnes Global – bisnes online memungkinkan anda mengembangkan perniagaan anda ke seluruh dunia. Tidak timbul lagi soal kedudukan geografi walau apa pun perniagaan yang anda ingin lakukan asalkan perniagaan anda sesuai dengan mereka, anda boleh promosikannya ke seluruh dunia. Inilah kelebihan bisnes online, ianya tiada batasan dan sempadan, anda boleh berhubung dengan pelanggan anda di Singapore, Brunei, Indonesia, Thailand, US, Canada, Asia, Eropah dan walau ke mana sahaja.
  11. Pelanggan Tanpa Had – seperti yang saya nyatakan di atas, anda boleh jalankan bisnes online anda ke mana saja seluruh ceruk dunia, maka secara tidak langsung anda mempunyai pelanggan yang tiada had. Bayangkanlah berapa jumlah pengguna internet seluruh dunia atau jika dilihat pengguna internet di Malaysia pun sudah cukup rasanya buat anda. Perkara ini tidak mungkin terjadi dengan bisnes offline anda. Di mana anda terlalu bergantung dengan pasaran setempat atau bilangan penduduk sekitar lokaliti anda. Lihatlah kehebatan serta kelebihan bisnes online yang anda jalankan.
  12. Peluang Pendapatan Pasif – satu lagi kelebihan bisnes online ni anda berpeluang menjana pendapatan pasif atau pasive income. Dengan erti kata lain anda boleh dapat wang ketika anda sedang nyenyak tidur. Berdasarkan pengalaman saya, ianya bukan satu perkara yang terlalu mudah tetapi bukan juga sesuatu yang mustahil, anda cuma perlukan sedikit kesabaran untuk mencapainya. Sekali anda sudah mula menjana income pasif anda akan terus menjananya tanpa henti walaupun anda cuba hentikannya.
JUM BUAT BISNES ONLINE ;)

dah tahu apa itu teknologi, mesti tahu kepentingan dia kan. kalau belum tahu, meh singgah sini baca wei ^^,

Satelit Malaysia...?
Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan inovasi dalam sistem digital melambangkan satu revolusi digital yang telah dan akan mengubah cara manusia berfikir, berhubung, bertindak dan bekerja.
Antara kepentingan teknologi maklumat ialah:-
  • dapat melahirkan masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan.
  • sebagai alat perniagaan dan sosial.
  • sebagai syarat untuk penyertaan dalam persaingan dan perkembangan ekonomi, sosial dan pendidikan.
  • mampu memperoleh segala informasi yang diperlukan.
  • merapatkan hubungan sesama manusia.
  • merapatkan jurang pemisahan antara guru dengan pelajar.
  • menjadi pemangkin kepada perkembangan industri dan ekonomi tempatan.
  • dapat menggalakkan pengaliran wang asing ke negara kita.
  • dapat memajukan sistem pertahanan dan keselamatan negara.
  • berjaya meningkatkan kualiti hidup rakyat.
  • mampu menjimatkan bayaran kos komunikasi.
  • negara dipandang tinggi oleh kawan dan lawan.

Thursday 13 October 2011

fULL =='

bismillah. errrr, FULL ! semua menda full wei ! amenda yg full kan? ni nak citer la. kurang dua minggu akan datang nak cuti, dari cuti seminggu, dengan izin ALLAH, ktowg dapat cuti 19 hari, HAHA. yahoo yahoo. seronok? seronok la sgt kan. padahal, sebelum nak cuti semua benda tekejaq2, kuliah, kuiz, assignment, mid term =='. hah, ambek kaw kan! minggu ni plak agak relex sebab minggu lecturer sakit kot. ramai lecturer mc minggu ni (semoga cepat sembuh ea semua pensyarah2 kuh, aminn). tapi minggu depan mesti full dengan kuliah ganti pulak kan, haihhh. minggu depan jugak pulun dgn mid term law n takaful. pastuh, dengan assign ment melambak2 nak buat kan, terbaikkkk lah. errr, dugaan dugaan ! kan dh tanggungjawab student ;) tapi nak bgtaw respect gler kt lecturer2 kt kolej teknologi alpha (ikhlas bukan nk bodek eh) sakit sakit pun pulun lagi mengajar. haihhhh, hebat beliau beliau ini ;)semoga rezekimu bertambah tambah ea, aminn. untuk minggu akan datang ni, semoga dapat jalani hari hari yang full ni dengan cool lah ea ;) *haippp, sambung buat assignment yang belambak2 ni pulak >,<