Wednesday 7 December 2011

peminat oakley, meh baca meh !


Oakley merupakan salah satu jenama kaca mata yang popular di dunia. Walaupun di Malaysia, Ray ban lebih digemari, tetapi bagi penggemar-penggemar sunglass Oakley ini, kaca mata ini mempunyai keistimewaanya tersendiri kan kan kan :)

Jika dibanding dari segi harga di butik-butik kaca mata di shopping kompleks, kita dapat lihat jenama Oakley ini jauh lebih mahal berbanding kaca mata hitam Ray-ban, tetapi dari segi populariti pastinya Ray-ban menjadi pilihan ramai. Dari segi kualiti agak subjektif mengikut pilihan individu dan pastinya peminat Oakley Malaysia mengatakan Oakley lebih baik berbanding Ray-Ban.

Sedikit sejarah tentang Oakley, mula dicipta oleh Jin Jannard pada tahun 1975 di garaj belakang rumahnya dengan bermodalkan $300.Nama Oakley diilhamkan dari nama anjingnya. Mula dijual dengan memanggil kaca mata ini "The Oakley Grip". Pada mula ciptaanya,"The Oakley Grip" adalah khas untuk car racer dan pemain-pemain motorcross. Ini disebabkan oleh grip yang diciptanya adalah yang terbaik pada masa itu.

Oakley untuk lelaki sahaja ke? Rasanya pemikiran seperti itu patut xlagi wujud. Kaca mata apa-apa pun adalah unisex tak kira lelaki atau perempuan. Memakai kaca mata bukan 100% untuk gaya sahaja tetapi juga untuk menjaga mata dari sinaran-sinaran UV yang berbahaya.Jadi Oakley sekarang banyak digayakan oleh perempuan juga ok :)

"Nak beli Oakley tapi xtahu Oakley mana yang best"... Kalau kat Malaysia ni 90% kebanyakkan mereka pasti akan memilih Oakley Frogskin. Hala Oakley Frogskin....macam mana ? Itu ha gambar macam kat bawah ni. Kamu pun mesti ada kan :)
Oakley yang menjadi kegilaan ramai peminat Oakley Malaysia. Oakley Frogskin.
 
 
*saya pun ada :)
 

1
2

 anda pun pasti ada kan :p


No comments:

Post a Comment